Khamis, 19 Oktober 2017

Kerana Seludup Dadah Benjy Dipenjara 11 Tahun Di Indonesia.

KUALA LUMPUR: Siapa tidak kenal pada pelakon Benjy yang pernah ditangkap berkaitan aktiviti proses dadah oleh polis Malaysia pada tahun 2010.

Menurut laporan Astro AWANI, pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu.

Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah berkenaan yang disembunyikan di dalam lubang duburnya pada April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.

Pelakon berusia 38 tahun itu turut diarahkan membayar denda AS$74,000 (RM312,539) kepada Mahkamah Daerah Medan.

Terdahulu, pihak pendakwa memohon kepada mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kerana Benjy terlepas hukuman gantung.

Benjy ialah anak kepada seniwati negara Allahyarham Azean Irdawaty. - Astro AWANI
loading...