Ahad, 22 Oktober 2017

Lelaki Didakwa Dera Anjing Betina Tular Di Media Sosial.

IPOH – Video lelaki seksa seakor anjing secara seksual di hadapan sebuah premis dipercayai terletak di Teluk Intan menjadi tular di media sosial semalam

Menurut laporan Sinar Harian, gambaran terhadap perlakuan seorang lelaki yang dipercayai mendera seekor anjing betina di hadapan sebuah premis dipercayai terletak di Teluk Intan.

Kejadian tersebut tular dalam video berdurasi lebih seminit yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit, baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat berada di hadapan pagar premis sambil mengganggu anjing tersebut.

Berdasarkan keterangan status video tersebut, lelaki itu didakwa merogol anjing berkenaan yang juga disifatkan sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap haiwan.

Status tersebut juga mengajak orang ramai berkongsi video berkenaan dan mencari lelaki tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi memberitahu pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. - Sinar Harian
loading...