Sabtu, 21 Oktober 2017

Muka Remaja Ditoreh Akibat Cemburu Serta Cinta Tidak Berbalas.

Medan, Indonesia - Seorang wanita hampir buta serta mengalami 8 kesan torehan di seluruh muka akibat menolak cinta seorang lelaki yang sudah di anggap sebagai abang kandungnya sendiri.

Lelaki berkenaan merupakan jiran mangsa serta telah pun berkahwin namun masih tidak dikurniakan anak serta ada menyimpan perasaan terhadap mangsa.

Mangsa yang dikenali sebagai Nadya berusia 17 tahun telah di culik oleh suspek ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah.

Nadya ketika ditemui telah menceritakan detik hitam yang dialaminya pada petang semalam, menurutnya selepas diculik dia telah di bawa ke sebuah rumah kosong.

Ketika berada di rumah kosong terbabit, suspek telah memaksanya agar melakukan hubungan intim namun Nadya menolak permintaan suspek serta bertindak melawannya bagi mempertahankan kesuciannya.

Suspek yang marah akibat permintaannya itu ditolak kemudiannya bertindak memukul mangsa serta bertindak kasar terhadap mangsa.

Tidak cukup dengan memukul serta bertindak kasar, suspek turut menoreh muka mangsa sebelum mencampakkan mangsa yang mengalami kecederaan di tepi jalan Kampung Melayu Medan.

Mangsa yang kini berada dalam rawatan di hospital telah disahkan sendiri oleh pihak hospital mengenai keadaan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian mata yang hampir menyebabkan mangsa hampir menjadi buta selain turut mengalami 8 kesan torehan di mukanya.

Motif kejadian ini dipercayai berpunca daripada suspek yang cemburu dengan mangsa dan juga kerana cinta suspek yang ditolak oleh mangsa.

Menurut rakan mangsa, Nadya dikenali sebagai seorang murid yang baik dan tidak memiliki sebarang musuh.

Malah kini suspek berada dalam pemburuan pihak polis selepas suspek telah menghilangkan diri selepas berlakunya kejadian tersebut.

Menurut ibu mangsa, pada mulanya diketahui bahawa hubungan kedua mereka amat rapat sebagai jiran dan Nadya sendiri telah menganggap suspek seperti abang kandungnya sendiri.

Menurut ibu mangsa lagi, suspek pernah meluahkan perasaan terhadap anaknya itu namun Nadya telah menolak luahan perasaan suspek tersebut secara baik kerana baginya suspek sudah seperti abangnya sendiri.




loading...