Ahad, 22 Oktober 2017

Pancitkan Tayar Kereta Kerana Tak Dapat Duit Parking


Alor Setar - Sepasang adik beradik dipercayai bertindak di luar batasan apabila sanggup memancitkan tayar kereta individu yang tidak mahu membayar duit meletakkan kenderaan kepada mereka.

Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhd Ismail melalui kapsyen yang dimuat naik olehnya di media sosial, beliau telah terserempak dengan kedua beradik ini ketika mahu menonton perlawanan bola sepak.

Ismail memberitahu bahawa kedua beradik yang merupakan kakak serta adik itu ditemuinya ketika berada di Alor Setar bagi menonton satu perlawanan bola sepak.

Ketika hendak meletakkan kereta di tempat letak kereta secara tiba-tiba beliau telah disapa oleh kedua beradik ini yang memintanya supaya membayar duit tempat letak kenderaan.

Namun begitu Ismail enggan membayar duit tersebut kerana di situ merupakan tempat bebas meletakkan kenderaan menyebabkan mereka bertindak memarahinya kerana tidak mahu membayar duit.

Menurut Ismail, apa yang lebih mengejutkan adalah mereka telah bertindak memancitkan tayar kereta hanya kerana tidak mahu membayar duit letak kereta kepada mereka.

Walaupun kedua mereka masih lagi merupakan kanak-kanak namun mereka sanggup bertindak kurang ajar.

Kepada ibu bapa budak-budak ini kalau boleh pantaulah anak-anak itu jangan sampai menyusahkan orang lain pula.- Online News Today
loading...