Rabu, 18 Oktober 2017

Pemandu Lori Dibelasah Tanpa Belas Kasihan Dengan Besi Serta Kayu.

Pulau Pinang - Seorang lelaki mengalami kecederaan akibat dipukul oleh empat lelaki selepas berlaku satu kemalangan jalan raya yang tidak disengajakan.

Kejadian yang menimpa lelaki berkenaan berlaku selepas lori yang dipandunya berlanggar dengan sebuah kereta perodua Alza berwarna hitam dengan nombor pendaftaran PLN3964.

Kemalangan tersebut berlaku ketika pemandu lori berkenaan dalam perjalanan menghala ke bagan Ajam sekitar jam 6 petang semalam.

Pemandu Alza berkenaan yang tidak berpuas hati selepas kereta yang dipandunya telah dilanggar oleh lori berkenaan dari arah belakang kemudiannya bertindak turun dari kenderaan berkenaan bersama tiga lagi rakannya dengan memegang besi serta kayu.

Ke empat-empat mereka kemudiannya telah membelasah pemandu lori berkenaan dengan menggunakan kayu serta besi sehingga mengalami kecederaan .

Selepas kejadian pertengkaran tersebut salah seorang pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan kemudiannya berhenti bagi melihat keadaan lelaki berkenaan yang mengalami kecederaan di kepala serta badan.

Menurut pengguna jalan raya terbabit yang telah menangkap gambar pemandu lori berkenaan yang mengalami kecederaan serta memuat naik di media sosial berpendapat bahawa kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara baik, tindakan pemandu Alza berkenaan bersama rakan-rakannya dilihat sebagai satu tindakan yang kurang bijak serta tidak berperikemanusiaan.

Kereta yang rosak akibat kemalangan tersebut boleh di perbaiki tetapi jika nyawa yang hilang akibat tindakan kurang bijak mereka itu hanya akan mendatangkan masalah yang lebih teruk kepada mereka.

Dahlah mereka belasah pemandu berkenaan sehingga mengalami kecederaan teruk lepas itu tinggalkan sahaja pemandu itu dengan kecederaan begitu sahaja.

Diharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit serta dapat menangkap kesemua pelaku yang di anggap sebagai pembuli jalanan berkenaan.



loading...