Sabtu, 21 Oktober 2017

Peninggalan Khilafah Uthmaniyyah Berusia 10.000 Tahun Bakal Musnah

HASANKEYF, Turki: Sekali imbas, semuanya kelihatan normal untuk bandar Hasankeyf yang memiliki kesan peninggalan empayar Rom, Bizantin, Turki dan Uthmaniah berusia lebih 10,000 tahun.

Aliran Sungai Tigris, lambakan peniaga tempatan yang cuba menjual cenderamata, sisa runtuhan jambatan dan bangunan bersejarah sering memukau pandangan pelancong.

Namun dalam beberapa tahun lagi, pemandangan indah ini akan hilang buat selamanya selepas ditenggelami limpahan air daripada projek Empangan Illisu.

Kerajaan Turki menegaskan, sistem jana kuasa elektrik dari empangan berkenaan akan membekalkan tenaga mencukupi dan pengairan air penting untuk pembangunan kawasan dominasi Kurdis di tenggara negara itu.

Semua tinggalan sejarah terbabit akan dipindahkan menerusi projek mega yang menyamai projek pemindahan artifak bersejarah dari era Firaun di Mesir apabila empangan Aswan dibina pada 1960-an.

Bagaimanapun, projek berkenaan menimbulkan kebimbangan penduduk setempat terhadap kemungkinan ia projek pemindahan terbabit bakal memusnahkan bandar itu.

Ahli Persatuan Perdagangan dan Pelancongan Hasankeyf, Arif Ayhan, berkata keputusan kerajaan itu tidak boleh dibatalkan sebaik ia bermula.

"Mereka patut mendengar pendapat rakyat, bukannya tidak mempedulikan kami," katanya. - Berita Harian Online


loading...