Isnin, 16 Oktober 2017

Polis Minta Kesan Gadis Berusia 16 Tahun Terbabit Kes Bunuh Kejam.

Johor - Pihak polis memohon kerjasama daripada orang ramai membantu mereka mengesan seorang gadis bagi membantu siasatan satu kes pembunuhan kejam tiga sekeluarga.

Gadis tersebut yang berusia 16 tahun merupakan seorang saksi dalam perbicaran kes pembunuhan yang membabitkan tiga sekeluarga yang dibunuh dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abd Aziz berkata gadis terbabit adalah Wan Nur Sakina Mohamad Tawpik, memiliki kad pengenalan bernombor 010225-03-0200 dan alamat terakhirnya adalah di No. 99, Kampung Sentosa Jalan Persiaran 2/6, Pasir Gudang, Johor.

Wan Nur Sakina diperlukan bagi saksi satu kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang akan dibicarakan mulai 8.30 pagi di Mahkamah Tinggi (3) Johor Bahru, pada 31 Okt ini, katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jokhiri memohon sesiapa yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai Wan Nur Sakina supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Zuhaili Salleh di talian 017-7000092/07-3864222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

loading...