Rabu, 18 Oktober 2017

Remaja Digilir Serta Diliwat Tiga Lelaki.

Indonesia - Seorang remaja perempuan menerima nasib malang apabila telah digilir serta diliwat oleh tiga orang lelaki termasuk salah seorangnya yang merupakan anak jirannya sendiri.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Fira Zainab berusia 18 tahun merupakan seorang pelajar yang baru sahaja tamat persekolahan.

Difahamkan kejadian malang tersebut berlaku kepadanya dua hari yang lalu ketika dia sedang dalam perjalanan balik ke rumah selepas tamat waktu bekerja.

Sewaktu mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dia pada mulanya terserempak anak jirannya itu di tengah jalan sebelum di sapa oleh suspek yang kemudiannya menawarkan untuk menghantarnya pulang ke rumah disebabkan rumah mereka yang bersebelahan.

Menurut mangsa, mereka sempat makan bakso bersama sebelum suspek membawanya ke sebuah bangunan kosong dengan alasan untuk berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

Ketika berada dalam bangunan berkenaan mangsa telah ditolak sehingga terjatuh sebelum kedua rakan suspek bertindak mengikat mangsa dengan menggunakan tali.

Kesucian remaja berkenaan bukan sahaja di ragut oleh ketiga-tiga suspek secara bergilir-gilir malah dia juga turut dipaksa untuk melakukan hubungan luar tabii sehingga menyebabkan dia mengeluarkan najis di situ.

Ketiga-tiga suspek yang telah puas meratah tubuh mangsa kemudiannya telah bertindak memukul serta mengungut mangsa  supaya tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis sebelum meninggalkan mangsa keseorangan di bangunan kosong berkenaan.

Walau bagaimanapun mangsa telah memberanikan diri menceritakan kejadian yang menimpanya kepada abang kandungnya sehari selepas kejadian tersebut sebelum abang mangsa bertindak membuat laporan polis di balai polis Tangerang.

Pihak polis tangerang AKBP Harley telah pun mengesahkan kejadian berkenaan dan telah pun berjaya menahan ketiga-tiga mereka walaupun salah seorang daripada mereka terpaksa ditembak di bahagian kaki kerana cuba melarikan diri.

Menurut Harley lagi, mangsa kini yang trauma dengan kejadian yang menimpanya sedang menjalani perawatan di hospital kerana mengalami pendarahan.

Mangsa dikatakan tinggal serumah dengan abangnya sejak dua tahun yang lalu selepas ibu bapa mereka maut dalam kemalangan.
loading...