Jumaat, 20 Oktober 2017

Suami Terkejut Lihat Mayat Isteri Tergantung Depan Mata Ketika Bangun Dari Tidur.

SARAWAK - Seorang lelaki terkejut melihat isterinya yang maut selepas menggantung dirinya dengan menggunakan tali pengikat buaian di rumahnya ketika dia tersedar daripada tidur.

Menurut suami mangsa, dia amat terkejut saat terjaga daripada tidur apabila melihat isteri kesayangannya itu berada dalam keadaan tergantung longlai di tali buaian yang dipercayai menggantung diri.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Kudei Baru di sini sekitar jam 6.30 pagi semalam.

“Menurut keterangan daripada suami mangsa, sejam sebelum itu, iaitu sekitar jam 5.35 pagi, dia telah sampai ke rumah dari tempat kerjanya dan mendapati isterinya yang dikenali sebagai Zamaliah Karim berusia 22 tahun bersama anak-anaknya sedang tidur nyenyak di dalam bilik tidur mereka.

“Dalam keadaan keletihan selepas penat bekerja si suami kemudiannya pun terlelap di bilik yang sama sebelum tersedar kembali sekitar jam 6.30 pagi, apabila terdengar tangisan anak sulungnya.

“Dia kemudian mendapati mangsa telah tergantung pada tali buaian di dalam bilik tidur mereka.

Menurut Abang Ahmad, suami mangsa yang melihat keadaan mangsa yang tergantung di tali buaian kemudiannya telah menurunkan mangsa dan cuba untuk menyelamatkan isterinya itu tetapi hampa selepas tiada sebarang tindak balas.

“Dengan menaiki kereta sendiri, suami mangsa kemudiannya bergegas ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak bagi menyelamatkan isterinya itu namun pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum sampai ke hospital.

Pihak polis kata Abang Ahmad, kemudian dimaklumkan tentang kejadian tersebut.

“Siasatan awal gagal menemui sebarang unsur jenayah manakala pemeriksaan fizikal pada mayat, menemui kesan kecederaan pada bahagian leher.

“Justeru itu, ketika ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


loading...