Ahad, 15 Oktober 2017

Tony Fernandes Kahwin Dengan Wanita Korea.

KUALA LUMPUR: Tular di media sosial foto perkahwinan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dengan wanita pilihannya, warganegara Korea, Chloe.

Majlis perkahwinan yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat itu dilaporkan telah diadakan di Cote d’Azur, Perancis.

Pasangan itu dikatakan mula rapat lebih dua tahun sebelum mendirikan rumah tangga.

Tony dilihat memakai suit tiga lapis dan pasangannya pula berkelihatan bagai bidadari dalam gaun berwarna putih.

Bagaimanapun tidak banyak yang diketahui tentang Chloe, yang berusia 20-an itu.

Sumber terdekat syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia ketika dihubungi Astro AWANI enggan mengulas lanjut berkenaan perkahwinan berkenaan.

Antara tetamu VVIP yang menghadiri majlis itu ialah Pengerusi AirAsia dan Ketua Eksekutif Tune Group, Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak dan bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa, Tan Sri Rafidah Aziz.

Di media sosial, netizen mula mengucapkan tahniah buat Tony dan pasangan. - Astro AWANI

loading...