Sabtu, 21 Oktober 2017

Ustaz Dakwa Lelaki Kaya Yang Tidak Poligami Akan Masuk Neraka

Seorang Ustaz yang merupakan penceramah bebas telah mengeluarkan kenyataan bahawa umat Islam adalah dilarang menggunakan telefon bimbit mahupun gajet bagi bermain permainan seperti 'Snakes and Ladders'.

Menurut ustaz terbabit, “Bermain permainan video, daripada apa yang saya faham adalah tidak dibenarkan. Hukumnya haram. Permainan dam, catur, Snake and Ladders, semua tak boleh,” katanya.

Namun begitu seorang penceramah bebas di Indonesia yang dikenali sebagai Dasat Latief telah mengeluarkan kenyataan yang berlainan daripada ustaz terbabit.

Ustaz Dasat telah mengeluarkan kenyataan bahawa lelaki kaya yang tidak berpoligami akan menjadi penghuni neraka melalui sebuah program tv yang dihadiri baru-baru ini.

Menurut ustaz Dasat, “Satu rahsia yang harus di ketahui tentang poligami adalah bahawa sesiapa yang mampu namun mereka tidak melakukannya kelak mereka akan masuk neraka,kenapa? kerana mereka hanya mempunyai isteri satu “katanya.

“Nanti di akhirat kamu akan di tanya malaikat berapa rumahmu, berapa keretamu, berapa kali kamu naik haji, tiap tahun melaksanakan umrah dan ketika kamu hidup di dunia zakat dan sedekahmu dipertanyakan” katanya lagi.

“Kebanyakan individu yang akan ditanyakan soalan ini dan ketika masuk ke dalam syurga malaikat akan bertanya sekali lagi”

Antara soalan yang akan ditanya adalah “Kamu memiliki kemewahan di dunia tapi kenapa isterimu hanya satu?

Menurut ustaz Dasat tersebut, disebabkan inilah sesiapa yang tidak berpoligami akan dimasukkan ke neraka kerana mereka dikatakan tidak berkahwin kerana takut akan isteri mereka dan bukanlah kerana takutkan Tuhan yang Esa.

Kamu lebih takut isteri daripada Tuhan? soal ustad Dasat latief

loading...