Isnin, 16 Oktober 2017

Video Kejam!!! Mangsa Samun Ditikam 5 Kali, Diselamatkan Oleh Orang Awam.

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki cedera ditikam penyamun di hadapan sebuah pasar raya dekat Alma, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.55 petang, mangsa berusia 40 tahun dikatakan diekori suspek lelaki berusia 19 tahun yang kemudian menyerang dan mencederakan mangsa dengan pisau.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, berkata kejadian itu disedari sepasang suami isteri yang kemudian memberikan pertolongan bersama orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

"Mangsa luka selepas ditikam di atas dada kiri, belakang badan dan bahu kiri.

"Orang awam kemudian memberkas remaja itu dan mengikat tangan suspek sebelum diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan di sini.

Nik Ros Azhan berkata, mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. - Berita Harian Online

 
loading...