Sabtu, 14 Oktober 2017

Video Lelaki Kantoi Buat Aksi Tidak Senonoh Terhadap Seorang Wanita.

Kelantan - Seorang lelaki kantoi melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang wanita ketika wanita tersebut sedang menunggu rakan sekerjanya yang lain dihadapan tempat kerja.

Melalui rakaman video yang sempat dirakamkan, lelaki tersebut yang sedang menaiki motorsikal jenis EX5 dream berwarna biru dengan nombor pendaftaran BKM 2659 kelihatan telah menunjukkan kemaluannya terhadap seorang wanita.

Ketika kejadian wanita tersebut yang sedang duduk secara bersendirian di luar tempat kerjanya sementara menunggu rakan sekerja yang lain datang sebelum didatangi oleh lelaki tersebut secara tiba-tiba.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan Kota Bharu sekitar Jalan Sultan Ibrahim pada sekitar pukul 3 petang sebab masuk kerja pukul 3.30 petang.

Menurut rakan mangsa ini merupakan kejadian pertama yang berlaku terhadap mangsa kerana sebelum ini dia hanya melihat kejadian seumpama ini berlaku terhadap orang lain.

Ketika kejadian dikatakan mangsa mengenakan pakaian yang agak ketat serta menonjol dan ketika kejadian dia bersama rakan sekerjanya itu telah sampai awal ketempat kerja iaitu setengah jam awal sebelum waktu masuk kerja.

Mereka datang awal pun sebab nak pergi makan jadi bila sampai tempat kerja masih awal lagi jadi mangsa serta rakannya tidak masuk ke tempat kerja sekali sebab berlainan jantina takut orang pandang tak manis jadi mangsa pun tunggu di luar pejabat menunggu rakan yang lain sampai sebelum masuk pejabat.

Nak dijadikan cerita ketika mangsa sedang duduk di luar pejabat seorang diri tiba-tiba lelaki gersang ini lalu di hadapan mangsa dengan menaiki motor sambil menunjukkan kemaluannya itu kepada mangsa.

Kebetulan ketika itu rakan mangsa sedang duduk di tepi pintu masuk tempat kerjanya jadi sempatlah rakamkan video lelaki tersebut tapi tak berani rakamkan lama-lama sebab takut jadi apa-apa pula dekat rakannya itu.

Rakan mangsa memberitahu bahawa dia tidak sempat berbuat apa-apa sebab masa itu macam tengah tegaman lagi pun bila perasan perbuatannya itu dirakamkan terus lelaki tersebut memecut laju motornya itu pergi dari sana.

Walau bagaimanapun mangsa amat bersyukur sebab tak jadi apa-apa, bagi yang mengenali lelaki tersebut mohon nasihatkanlah sikit dia itu jangan sampai kena belasah dengan orang ramai baru nak insaf.

Mohon semua orang supaya kongsikan perbuatan lelaki ini supaya kaum wanita diluar sana lebih berhati-hati dengan lelaki ini jika terserempak dengannya serta dijadikan peringatan buat semua.- Nana Natrah.

loading...