Selasa, 17 Oktober 2017

VIDEO Pemandu Kerata Ditegur Buang Botol Kaca Keluar.

Tindakan seorang lelaki mengutip botol kaca yang dibuang di atas jalan raya oleh seorang pengguna dan menyerah kembali kepada pemandu kenderaan tersebut mendapat pujian netizen.

Klip video berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Beh Misbah menjadi viral dan tindakan pemuda itu diberikan ucapan tahniah oleh netizen.

"Hah ! Baru hang ada akai !Agak-agak la bro, nak buang sampah pun! Terbaik Ustaz Subki Shaari," tulis Beh Misbah.

Netizen menyifatkan tindakan pemandu membuang sampah ke jalan raya sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan mengambarkan mentaliti kelas dunia ketiga dan tidak bertamadun.

Mereka mahu lebih ramai pengguna jalan raya menegur pemandu yang membuat sampah sewenang-wenangnya ke jalan raya.-UTUSAN ONLINE

loading...