Khamis, 19 Oktober 2017

Video Tular Salah Faham Selesai Cara Baik Di Balai Polis


SUNGAI PETANI - Kes video tular remaja dipukul satu siasatan telah dijalankan berhubung perselisihan faham yang menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Saifi Abd Hamid berkata, satu laporan polis telah diterima dari seorang remaja 14 tahun berhubung kejadian itu.

Menurut remaja terbabit dia bersama lima rakannya yang lain bermain pistol mainan peluru manik dan tidak sengaja telah tertembak ke arah bumbung sebuah rumah di Jalan Kenanga, Amanjaya.

"Keadaan pada jam 8.30 pagi itu mencetuskan salah faham apabila seorang lelaki rumah tersebut telah keluar dengan keadaan marah sehingga bertindak menampar dan menendang salah sebuah motosikal yang dinaiki kumpulan remaja terbabit.

"Susulan itu, kita telah jalankan siasatan melalui insiden itu. Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah membawa semua yang terlibat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda,"katanya.

Menurutnya, turut dipanggil ialah ahli keluarga yang terlibat dan wakil dari kedua-dua kaum kawasan taman berkenaan.

Katanya, perbicangan diadakan mulai jam 5.00 petang sehingga jam 6.30 petang di IPD Kuala Muda yang dipengerusikan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Deputi Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail.

Hadir sama, Ketua Cawangan Khas Daerah dan beberapa pegawai dari JSJ dan Cawangan Khas Daerah.

"Hasil dari perbincangan yang dibuat kedua-dua belah pihak mengakui kesilapan masing-masing dan memohon maaf di atas kejadian yang berlaku memandangkan tidak melibatkan kecederaan dan kerosakan yang serius.

"Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk berdamai dan tidak akan memanjangkan lagi kes dan menganggap isu yang timbul telah diselesaikan secara muafakat,"katanya. - Sinar Harian

loading...