Isnin, 16 Oktober 2017

Vladimir Putin Tak Mampu Tahan Ketawa Selepas Menteri Cadang Eksport Babi Ke Indonesi.

Seluruh dunia mengetahui bahawa Indonesia mempunyai penduduk islam paling ramai di dunia, namu begitu ada rangcangan untuk membawa masuk daging babi ke Negara itu.

Menurut laporan Astro AWANI, Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak mampu menahan diri dari ketawa selepas Menteri Pertaniannya, Alexander Tkachev mencadangkan agar daging babi  dieksport ke negara Indonesia untuk meningkatkan pendapatan negara itu.

Cadangan dibuat sewaktu berlangsungnya mesyuarat kabinet semalam dan rakaman perbualan mereka sempat dirakam dan pantas tular di media sosial.

Menurut laporan portal berita Al-Arabiya pada Ahad, hal tersebut berlaku apabila Tkachev mencadangkan untuk meningkatkan industri eksport daging dengan menjadikan negara Jerman sebagai contoh di mana daging bagi telah dieksport ke beberapa negara seperti China, Jepun dan Indonesia.

Putin yang pada mulanya tersenyum dan menjelaskan Indonesia merupakan negara Islam, di mana penduduknya rata-rata tidak memakan babi

"Tetapi jika kita eksport, rakyat Indonesia akhirnya akan makan babi", Tkacev mencelah, menyangkal kata-kata Putin.

Namun, Putin berkata ‘ Tidak, mereka tidak makan babi’ lalu beliau menekup muka dengan kedua belah tangannya akibat tidak mampu menahan ketawa.

Video berdurasi selama 36 saat itu menimbulkan perbagai reaksi dari kalangan netizen. Antaranya adalah ‘Anda tidak dapat menyelindungi perasaan kemanusiaan Encik Putin’. - Astro AWANI

loading...