Isnin, 23 Oktober 2017

Wanita Ditembak Gara-gara Menolak Ajakkan Melakukan Hubungan Intim.

Bekasi, Indonesia - Seorang juruwang wanita hampir maut ditembak oleh seorang lelaki kerana menolak ajakkan melakukan hubungan intim.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Rabu yang lalu di Bekasi membabitkan seorang pelajar yang masih belajar dikenali sebagai  Sandy berusia 20 tahun serta seorang wanita dikenali sebagai Neni Risma berusia 23 tahun.

Menurut keterangan Neni, pada hari kejadian dia yang bekerja sebagai juruwang telah mengambil cuti disebabkan ingin pergi ke sebuah kedai telefon yang terletak di Bekasi.

Menurut Neni lagi, dia telah pergi ke sana bersama dengan suspek menaiki motorsikal jenis sukuter bernombor pendaftaran DB 3788 IJ.

Setelah tiba di kedai telefon berkenaan, Neni terus memberikan telefonnya bagi tujuan membaikinya di kedai tersebut.

Selepas selesai tiba-tiba suspek iaitu Sandy telah mengajak Neni untuk pergi ke salah sebuah hotel yang terletak di kawasan Jalan Pulau Bendu bagi melakukan hubungan intim.

Namun Neni telah menolak ajakkan suspek tersebut kerana dia hanya menganggap suspek sebagai kawan sahaja.

Selepas pelawaan suspek tersebut tidak berjaya, dia kemudiannya telah mengajak Neni turun ke tingkat bawah pasaraya tersebut yang tidak jauh daripada kedai telefon berkenaan dengan alasan ingin membelikan Neni baju serta seluar baru.

Setibanya di tingkat bawah pasaraya terbabit tiba-tiba suspek telah menarik tangan mangsa dengan kasar untuk mencari pakaian yang disukai oleh mangsa.

Walau bagaimanapun suspek dikatakan tidak menepati janjinya yang mahu membelikan pakaian baru untuk mangsa sehingga menyebabkan mangsa berasa kecewa dengan suspek.

Mangsa yang merasakan dirinya telah ditipu oleh suspek kemudiannya bertindak bergegas meninggalkan suspek dengan menaiki Dego yang terdapat di sekitar pasaraya berkenaan.

Suspek yang cuba mengejar mangsa kemudiannya telah bertindak menahan Dego yang dinaiki mangsa sebelum menarik tangan mangsa dengan kasar membawanya ke tepi jalan.

Perbuatan suspek tersebut telah menyebabkan berlakunya bergaduhan mulut antara mereka sehingga menyebabkan suspek yang bertindak di luar jangkaan.

Ketika pergaduah mulut tersebut, suspek yang hilang sabar kemudiannya cuba bertindak menembak mangsa.

Namun begitu mangsa bernasib baik kerana sempat menolak suspek menyebabkan tembakan tersebut melencong ke arah lain.

Walau bagaimanapun pihak polis telah pun menahan suspek dengan tuduhan cubaan membunuh bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kejadian tersebut.- Online News Today
loading...