Isnin, 27 November 2017

13 Lelaki Gay Dipenjara Kerana Buat Parti Pesta Gay


KAHERAH – 13 lelaki homoseksual disabitkan dengan hukuman penjara selama tiga tahun oleh Makhamah Mesir kerana menjalinkan hubungan seks ‘luar tabii’.

Lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 5,000 paun Mesir (RM1,160) setiap seorang sehingga perbicaraan rayuan kelak, kata peguam bela, Ishaq Wadie.

Perbicaraan terhadap tiga suspek lain ditangguhkan atas sebab prsedur, kata peguam lagi.

Tindakan keras mula dilaksanakan oleh pihak berkuasa terhadap orang ramai yang mengamalkan seks luar tabii.

Satu konsert luar di Kaherah telah diadakan pada 22 September lalu oleh sebuah kumpulan penyanyi Lubnan, Mashrou’ Leila apabila bendera yang mewakili komuniti LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender) dikbarkan dalam konsert. Oleh dari itu, langkah susulan telah dibuat. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
loading...