Khamis, 23 November 2017

180 kilogram (kg) Cuba Untuk Diseludup


Padang Terap, Kedah – Seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai membawa muatan yang sarat dengan daun ketum seberat 180 kilogram (kg) cuba untuk diseludup ke negara jiran menggunakan kenderaan dipandunya ditahan pihak polis.

Dalam kira-kira jam 4.30 pagi tadi, suspek ditahan anggota Unit kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis (IPD) padang Terap di Simpang Tiga Kampung Lamdin, Naka.

Anggota bertugas mengesan gerak-geri suspek yang mencurigakan menaiki kereta jenis Suzuki Vitara yang dipandunya sebelum menahannya untuk pemeriksaan, kata Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris.

Polis telah menemui 20 bungkusan plastik hitam di bahagian belakang kenderaan yang dipandu suspek yang kemudiannya disahkan mengandungi daun ketum hasil daripada pemeriksaan polis.

Cubaan seludup daun ketum ke negara jiran itu dipercayai kerana di sana lebih mampu mengaut keuntungan yang banyak dan harga pasarannya jauh lebih dua kali ganda berbanding di negara ini.

“Daun ketum mampu dijual lebih RM50 di negara jiran berbanding harga pasaran di sini hanya dianggarkan RM30 sekilogram,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Suspek yang juga berasal dari Alor Setar ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jelas Noh. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
loading...