Sabtu, 11 November 2017

4 Gambar Wanita Dipenjara Kerana Kahwini Ibu Kandung.

DUNCAN: Seorang wanita telah ditahan selepas didapati bersalah menjalinkan hubungan bersama ibu kandungnya sendiri serta telah pun berkahwin dengannya.

Wanita Oklahama yang dikenali sebagai Misty Spann itu telah ditahan kerana melakukan kesalahan perbuatan sumbang mahram bersama ibu kandungnya yang dikenali sebagai Patricia Spann berusia 43 tahun.

Pasangan songsang tersebut yang telah pun berkahwin di Comanche ditahan selepas siasatan polis mendapati bahawa perkahwinan mereka itu merupakan satu kesalahan membabitkan hubungan sedarah.

Menurut laporan mStar Online, Patricia telah hilang hak penjagaan terhadap Misty serta dua orang lagi anaknya ketika mereka masih lagi kecil.

Ketiga-tiga anaknya telah dijaga oleh nenek mereka dan langsung tidak dipedulikan oleh Patricia yang langsung tidak pernah menghubungi mereka sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini.

Merujuk kepada rekod mahkamah telah menunjukkan bahawa dia juga pernah mengahwini anak lelaki sulungnya pada tahun 2008 dan perkahwinan tersebut telah dibatalkan dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 2010.

Tidak serik dengan itu turut didedahkan sendir oleh seorang lagi anak lelakinya yang memberitahu stesen berita tempatan bahawa ibunya itu turut cuba menjalinkan hubungan bersamanya tetapi telah ditolak olehnya.

Walau bagaimanapun, Patricia tetap cuba membela dirinya dengan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak melanggar sebarang undang-undang untuk mengahwini anaknya Misty.

Ini kerana menurut Patricia namanya tidak lagi tersenarai di dalam sijil kelahiran anak perempuannya itu.

Namun begitu, di Oklahama sumbang mahram tersebut tidak kiranya hubungan songsang sekalipun adalah dianggap feloni dan jika didapati bersalah mereka boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Patricia dijadualkan akan dibicarakan di mahkamah pada Januari depan berhubung kesalahan yang dilakukannya bersama anak perempuanya itu. - mStar Online




loading...