Isnin, 27 November 2017

Abby Abadi Umum Meninggal Dunia Di Instagram Buat Netizen Terkejut.


Abby Abadi telah mengejutkan semua peminatnya bahawa status yang di memuat naik mengatakan dirinya sudah meninggal dunia.

Namun pada keesokan paginya, Abby sekali lagi telah memuat naik sendiri status yang mengatakan dia menulis status itu sekadar peringatan untuk pengikut-pengikut laman sosial tersebut tentang kematian.

Tulisnya, "bayangkan status itu ditulis oleh waris kita, sudah bersediakah kita betemu dengan Sakaratul Maut ? apa amalan yang telah kita usahakan selama hidup kita ? sudah cukup dan 100% puas hati ?

Tulisnya lagi, "sementara bernafas ini, jom kita sama-sama pastikan apa sahaja laman sosial yang kita ada, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain semoga terhindar daripada dosa fitnah dan maksiat."

Namun dari hasil perkongsian tersebut ternyata telah mengundang rasa cemas pengguna laman sosial dan telah mendapat lebih 160 komen dan 6,000 likes.

Disebabkan hal itu, ada juga sesetengah pihak berasa terkejut dengan berita dan bersyukur bahawa perkara itu tidak benar, sebaliknya perkongsian itu sekadar untuk peringatan bersama. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha

loading...