Isnin, 27 November 2017

Adun PAS Datuk Amirudin Hamzah Sertai BERSATU

Cradit Foto Malaysia Kini
Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menerima ke ahlian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anak Bukit Datuk Amirudin Hamzah dari PAS.

Datuk Amiruddin yg juga menjadi ketua pembangkang membuat siaran media secara langsung di Facebook.

Beliau berkata, gabungan pembangkang yang sepakat seperti di buktikan Pakatan Harapan Rakyat pada pilihan raya umum ke 12 dan 13 mampu untuk menghadapi Barisan Nasinol.

“Untuk berhadapan dengan Barisan Nasinol, saya berpandagan kita perlu kukuh serta padu untuk menghadapi Pilihan Raya (PRU) akan datang."

"Yang penting kita berada dalam kesepakatan yang padu dan ini saya lihat dapat dicapai dalam Pakatan Harapan (HARAPAN)," katanya."

Justeru selepas perbincangan dengan pihak terdekat, beliau berkata memutuskan untuk bersama HARAPAN melalui BERSATU.

Datuk Amiruddin adalah pengganti allayarham Datuk Fadzil Noor di DUN Anak Bukit, selepas menang dalam pilihan raya kecil pada 2002 berikutan kematian bekas presiden PAS itu.

Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ketua Bersatu Kedah merangkap Timbalan Presiden BERSATU turut menghadiri siding media tersebut.

Datuk Amiruddin berkata, beliau pernah berjumpa dengan pesuruhjaya PAS Kedah untuk memastikan sama ada masih wujud kemungkinan PAS bekerjasama dengan HARAPAN.

“Katanya, beliau mendapat pengesahan bahawa kerjasama itu "hampir mustahil" untuk berlaku.”

Apabila di tanya kenapa beliau memilih BERSATU dan bukan nya AMANAH, beliau menjawab di dalam soal itu saya adalah pengecualian.

"Saya tak tahu kalau keluar PAS mesti masuk AMANAH. Kalau benar pun, pasti ada pengecualian, maka saya adalah pengecualian (untuk tanggapan itu).

Kini HARAPAN memiliki sembilan ADUN di Kedah dan PAS pula tinggal tujuh. Namun, PAS masih parti pembangkang yang mempunyai bilangan ADUN paling ramai di negeri itu. Manakala BN selaku kerajaan negeri pula memiliki 20 ADUN. sumber: Malaysia Kini Editor: Atila Atasha
loading...