Sabtu, 25 November 2017

Bapa Dukung Anak Kembarnya Balik Kampung Setelah Ditinggal Isteri


SULAWESI - Seorang lelaki sanggup berjalan kaki sambil mendukung kedua anak kembarnya itu dari Jakarta Barat ke Bone Sulawesi selatan gara-gara tidak cukup duit untuk membeli tiket tambang bas balik ke kampung halaman.

Namun hal yang memilukan apabila lelaki tersebut yang dikenali sebagai Andi Sudirman itu telah berjalan kaki tanpa memakai sebarang alas kaki.

Dia berasal dari Palembang dan di tinggal isteri sejak setahun selalu, berdasarkan dari keterangan Andi.

Katanya isterinya lari entah kemana dan dia tidak mempunyai tempat tinggal dan saudara di sini.

Dia telah pun meminta pertolongan daripada tali kasih untuk membayar kos biaya kepulangannya dengan jumlah Rp 425 bersamaan RM190 seorang sejak beberapa bulan lalu.

Namun tali kasih berkenaan tidak memberikan sebarang respons hingga Andi terpaksa mengambil keputusan sendiri dengan berjalan kaki sambil mendukung kedua anaknya.

Sepanjang perjalanan Andi menjadi perhatian orang ramai dan membuat orang awam tersentuh dengan keadaannya terutama terhadap kedua anak kembarnya, menurut sumber.

Andi telah menolak beberapa sumbangan yang diberikan pengguna jalan raya kerana tidak mahu di anggap sebagai pengemis.

Dilaman media sosial pun turut tular juga dimana gambar dan video Andi yang gigih menggendong dua anak kembarnya.

Sebelum ini Andi juga pernah meminta bantuan pejabat pemerintahan negeri itu namun dia dihalau kerana di anggap pengemis.

Sehingga kini pihak netizen menggesa wakil pemerintah negeri itu untuk segera mengambil tindakan yang sepatutnya kerana keadaan Andi di anggap sungguh memperihatinkan. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha

loading...