Jumaat, 10 November 2017

Bercinta Di Media Sosial, 6 Tahun Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Lelaki Kejam.


RUSSIA - Seorang wanita telah didera secara seksual dan dikurung oleh seorang lelaki selama enam tahun setelah mereka berkenalan di media sosial.

Wanita Russia itu terpaksa menghadapi kenyataan pahit kerana digunakan sebagai budak seks dan sering mengalami keganasan fizikal selama enam tahun hidup dengan lelaki kejam itu.

Menurut laporan Suara.TV, wanita malang itu tidak dibenarkan keluar dari rumah dan seperti tinggal di penjara.

Seperti yang dilaporkan Mirror, lelaki keji yang bernama Rinat Bilyanov kini sedang disiasat oleh polis Rusia berhubung tuduhan melakukan tebusan dan penyeksaan terhadap pasangannya.

Selama 6 tahun dijadikan sebagai tebusan oleh Bilyanov, wanita tersebut mempunyai empat anak darinya.

Lebih kejam lagi,  lelaki itu turut memukulnya di hadapan anak-anak mereka.

Wanita itu mengaku bahawa Bilyanov tidak pernah mengizinkannya keluar dari rumah mereka yang sempit itu. Bahkan Bilyanov mengatakan pada anak-anak mereka agar memukulnya ketika mereka dewasa nanti.

“Dia mengatakan kepada anak kami : ‘Apabila kamu dewasa, kamu harus terus memukulnya seperti ini, tinju dan tendang dia, kerana dia sangat buruk.” Kata wanita itu, seperti dilaporkan dari Mirror.

Pasangan ini bertemu di sebuah laman web temu janji dan pencarian jodoh untuk etnik Muslim Tatar.

Bilyanov tidak berkahwin secara rasmi tetapi mereka hanya menjalani upacara perkahwinan secara keagamaan

Wanita berusia 20-an itu dikurung bersama empat anak mereka di sebuah pangsapuri kecil di daerah Pushkino, Moscow, Russia.

DIa mengaku apartemen tersebut tertutup rapat bahkan jendelanya tidak boleh dibuka, sehingga dia tidak tahu siang malam.

Menurut penguamnya, wanita itu telah hamil empat kali sewaktu dia tinggal di ‘neraka’ itu.

“Kami terkunci di dalam ‘neraka’  itu sepanjang waktu,” katanya.

“Saya tidak boleh pergi kemana-mana. Anak bongsu saya hanya pernah keluar sekali seumur hidupnya.”

Bilyanov kadang-kadang bawa anak-anaknya keluar, tapi wanita itu akan tetap dikurung di dalam rumah.

“Dia menendang saya, memukul saya dengan tongkat,” katanya, menunjukkan bukti luka-lukanya.

“Saya menderita selama enam tahun, dia memukul saya dan anak-anak melihatnya,” katanya kepada wartawan.

“Bahkan dia pernah mematahkan tongkatnya ketika memukul saya.”

Dia akhirnya berjaya menyelinap dalam diam dan menghubungi polis yang kemudian membebaskan dia bersama keempat anaknya setelah menyerbu apartemen tersebut. Polis memecahkan pintu bagi menyelamatkan wanita itu dan anak-anaknya.

Polis sedang menyiasat kes ini, dan kemungkinan pesalah akan dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun.

“Pemukulan kejam pertama terjadi ketika anak pertama kami lahir,” kata wanita itu.

“Sewaktu saya sedang menyusui, saya hamil lagi. Dia berkata saya boleh  meninggalkan apartemen itu hanya setelah ibu bapa saya membayar RM14 juta”

“Kami tidak boleh untuk melarikan diri kerana hanya suami saya yang memiliki kuncinya.”-  Suara.TV




loading...