Sabtu, 11 November 2017

Chef Wan Nak Cekik Orang Yang Tak Hormati Agama Lain


Chef Wan lepas geram dengan orang-orang yang tidak tahu nak hormat agama lain malah dia juga turut dilihat telah mengongsikan pendapat peribadinya sendiri di akaun Instagram miliknya.

Chef Wan meluahkan pendapatnya yang menyarankan agar setiap individu tidak seharusnya memandang remeh terhadap berlainan agama malah seharusnya setiap individu lebih menghormati agama sesama mereka.

Jika kita nak orang lain menghormati agama kita seharusnya kita sendiri menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka dengan turut menghormati agama mereka dengan cara itu barulah agama lain tahu akan pandang tinggi kepada kita.

“Jika saya boleh keluar dari kubur dan mampus saya cekik-cekikkan manusia-manusia yang tidak pandai menghormati budaya kaum-kaum lain ini.

“Kita nak orang hormati agama kita tetapi kita pula yang tunjuk perangai kurang ajar kita kepada bangsa asing.

“Bila orang mengutuk agama atau bangsa kita pandai pulak nak melatah dan moroyan.

“This are an example of all this selfish human beings in this world that only think of themselves and no one else.

“Perhaps tolerance and respect is never in their system.

“All they wish to do is to corrupt this world with their ridiculously ideology and then spread hatred and vengence….destroy everything in its path and ruin our peace in this world,” tulis Chef Wan di ruang kapsyen, petik MH.

Rata-rata pengikutnya bersetuju serta memberikan komen positif dengan pandangan chef nombor satu Malaysia itu. - Suara.TV
loading...