Rabu, 29 November 2017

Cubaan Bakar Surau, Dua Lelaki Didakwa


PETALING JAYA – Dua lelaki mengaku tidak bersalah hari ini di atas pertuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan kebinasaan terhadap Surau Al-Huda di Makhamah Seksyen Petaling Jaya, pada 19 November lalu.

Tertuduh, D Tibanraj dan rakannya, R Darshan mendakwa yang mereka mabuk pada ketika kejadian itu memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.

Kedua-dua mereka yang berusia 19 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Surau Al-Huda, Apartment Impian Damansara Damai, pada jam 6.10 pagi, 19 November lalu.

Mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua tertuduh. Namun bagaimanapun, peguam bela Melvinder Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon makhamah untuk membenarkan jaminan atas alasan surau itu tidak terbakar dan hanya mengalami sedikit kerosakan.

Hakim Hilmiah Yusof membenarkan masing-masing diikat jamin RM8,000 dan syarat tambahan iaitu perlu menlaporkan diri ke balai polis berdekatan sekali setiap bulan.


Sebutan semula kes juga ditetapkan oleh Makhamah pada 10 Januari depan. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
loading...