Khamis, 23 November 2017

Didenda RM2,000 Membuat Laporan Polis Palsu


Selayang, Batu Caves – Makhamah Majistret mendenda RM2,000 terhadap seorang pekerja pembersihan kerana membuat laporan polis palsu berkaitan penculikan anaknya.

Kurisiya, 36, warga Indonesia djatuhkan hukuman oleh Majistret Iriane Isabelo selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.

Sekiranya tertuduh gagal membayar denda, makhamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara selama dua bulan.

Pada 7 November jam 6.20 petang, Kurisiya didakwa memberikan maklumat bertulis palsu kepada pegawai polis di Balai Selayang berdasarkan di atas kertas pertuduhan.

Jika disabit kesalahan, pendakwaan terhadapnya yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Tertuduh dalam rayuannya yang terdahulu menerusi peguam Mohd Firdaus Mohd Razi, telah memohon supaya dikenakan hukuman yang rendah dengan alasan ini adalah kesalahan yang pertama dan tertuduh sudah direman selama 16 hari.

Selaku Timbalan Pendakwa Raya, T Ashvinii telah membantah rayuan tertuduh dan memohon supaya tertuduh dikenakan hukuman yang berbentuk pengajaran kerana telah mebazirkan masa dan kos pegawai penyiasat yang menyiasat kes yang tidak pernah wujud itu.

Apabila mengalami konflik keluarga dikhuatiri ramai lagi yang akan cuba untuk membuat laporan polis palsu, jelasnya. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
loading...