Khamis, 23 November 2017

Didie Alias Tidak Sabar TImang Cucu


Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan kini sedang sarat hamil 5 bulan iaitu anak kepada pelakon Didie Alias.  Pelakon itu mengakui bahawa tidak sabar untuk bergelar seorang nenek.

Menurutnya, beliau tidak sabar untuk menimang cucu sulungya itu pada tahun hadapan memandangkan umurnya sudah meningkat.

Pada mulanya saya menangis kerana tidak menyangka bahawa anak saya sedang hamil apabila mendapat berita tentang perkara itu.

“Sudah pasti saya berasa sungguh teruja apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan kerana saya juga seorang ibu.

“Akhirnya doa saya telah dimakbulkan kerana pada tahun hadapan saya akan bergelar seorang nenek.

Jelasnya kepada Astro Gempak, “saya bersyukur kerana akan menimang cucu ketika usia ini dan masih sihat utk bermain serta bermanja dengan cucu.”

Pada Rabu lalu, beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Grand Finale  Lefestour 10.0 Melaka 2017 yang diadakan di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Grand Finale Lefestour 10.0 yang bertempat di Melaka International Trade Centre (MTIC) Melaka itu akan diadakan selama tiga hari pada 8 hingga 10 Disember bulan depan.

Ramai selebriti yang bakal terlibat dalam Grand Finale Lefestour 10.0 2017 antaranya ialah Jue Aziz, Amyza Adnan, Zul Huzaimy, Mawi, Rashid Sibir, Angah Raja Lawak dan ramai lagi. Sumber: Astro Gempak. Editor: Atila Atasha
loading...