Khamis, 23 November 2017

Dilema Askar Wanita Korea Utara Yang Dinodai


Askar-askar wanita dalam angkatan tentera Korea Utara terpaksa tidur dalam keadaan yang tidak selesa, terpaksa membuang air besar atau kecil di hadapan askar lelaki dan mereka juga harus mandi menggunakan air bukit. Selain itu, dinodai oleh pegawai tinggi juga adalah perkara normal yang mereka sering hadapi.

Ramai juga askar wanita yang berkhidmat dalam angkatannya 'berhenti datang bulan', kata seorang salah seorang bekas tentera yang telah berpaling tadah.

Seorang askar wanita Lee So Yeon, 41, mengatakan beliau sudah menghabiskan masa selama 10 tahun tidur dalam keadaan tidak selesa bersama berpuluh-puluh askar wanita lain.

Golongan wanita sentiasa dikenali sebagai golongan yang mementingkan kebersihan diri namun fasiliti di kem-kem tentera sungguh menyedihkan, kata So Yeon.

Dipetik laporan BBC So Yeon berkata, "Sebagai wanita, gagal mandi dengan sempurna adalah salah satu perkara yang sering kami terpaksa hadapi."

Jelasnya ini ini terjadi disebabkan tiada air panas manakala mereka sambungkan paip ke air dari bukit dan kadang-kadang katak dan ular juga muncul keluar dari paip.

So Yeon yang juga anak kepada seorang profesor di sebuah universiti juga terpaksa berkhidmat dalam angkatan tentera akibat krisis kebuluran. 

Berkhidmat dalam angkatan tentera 'menjanjikan' makanan untuk anggota-anggota dan dirinya, kata SoYeon.

Kata seorang pengarang buku North Korea's Hidden Revolution, Jieun Baek, "kebuluran boleh menyebabkan wanita terdedah kepada ancaman."

Menghadapi penderaan dan gangguan seksual adalah salah satu antaranya ramai wanita dan lebih ramai lagi dilayani dengan salah akibat terpaksa menyertai tentera.

Pendedahan dibuat oleh SoYeon adalah sama dengan testimoni-testimoni dari anggota-anggota tentera lain yang telah berpaling padah, kata Jieun.

Akibat latihan dan jadual pemakanan yang ketat juga menyebabkan badan rekrut wanita menjalani perubahan, kata So Yeon.

"Kami juga tidak lagi mengalami menstruasi kerana tidak cukup zat dan persekitaran yang tertekan selepas enam bulan bulan sehingga setahun dalam perkhidmatan.

Terang So Yeon, "ramai askar wanita berkata mereka bersyukur kerana tidak datang bulan dan keadaan akan menjadi lebih teruk kalau mereka datang bulan."

Akibat tentera tidak menyediakan kemudahan yang sepatutnya, So Yeon dan askar wanita lain mengalami perkara yang menjijikkan apabila terpaksa menggunakan tuala wanita yang sama berulang kali.

Dalam angkatan tentera gangguan seksual terhadap wanita 'terlalu meluas', kata Jieun.

Ramai rakannya pernah mengalaminya namun So Yeon mengatakan beliau tidak pernah dinodai.

Kata So Yeon, "Komender kompeni akan dinodai askar wanita dibawah pimpinannya dan perkara ini akan berulang-ulang kali tanpa pengakhiran."

Juliette Morillot yang juga seorang pengarang berkata, tidak ramai askar wanita yang mahu mengaku dinodai disebabkan itu pelakunya sentiasa akan terlepas.

Segala penindasan yang sering berlaku terhadap askar wanita itu adalah kerana unsur patriarki yang berleluasa dalam angkatan tentera Korea Utara, tambah Morillot.

 Dimana selalunya askar wanita disuruh melakukan lebih banyak kerja berbanding askar lelaki.

Terjadinya unsur patriarki adalah dimana golongan wanita yang sering dipandang rendah oleh golongan lelaki dan disebabkan mereka juga ditindas secara terbuka.

Jelas Morillot keganasan domestik masih diterima dan tidak dilaporkan ( di Korea Utara ) dan ianya situasi sama dalam angkatan tentera.

So Yeon meninggalkan angkatan tentera ketika dia berusia 28 tahun dan dia sebelum ini bertugas sebagai seorang sarjan di sempadan Korea Utara-Korea Selatan.

Pada tahun 2008, beliau telah tertangkap dalam percubaan pertamanya dan dipenjara setahun apabila beliau membuat keputusan untuk melarikan diri ke Korea Selatan.

Beliau juga telah berenang melalui sungai Tumen dan menyeberangi Chia dalam cubaan kedua sejurus beliau dibebaskan.

Beliau juga bertemu seorang broker di sempadan dan dia dipindahkan ke Korea Selatan melalui China. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha
loading...