Selasa, 28 November 2017

Elyana Dedah Punca Penyakit Kanser Peringkat Akhir.


Elyana yang juga merupakan bekas peserta Gegar Vaganza 4 (GV4) sebenarnya penghidap penyakit kanser tahap 4 peringkat akhir.

Namun siapa sangka bahawa penyanyi yang berusia 30 tahun ini sedang berjuang melawan penyakit kanser Limfoma tahap 4.

Pengumuman yang dibuat selepas diumumkan tersingkir pada minggu ke-5 telah mengejutkan semua penonton kerana mereka tidak menyangka di sebalik susuk tubuh yang nampak sihat  dan bertenaga itu sebenarnya sedang bertarung untuk melawan kansernya.

Menurut doktor, Elyana ada masa lagi setahun sahaja lagi untuk meneruskan hidupnya dan dimaklumkan bahawa kanser tersebut kini sudah merebak di paru-paru dan beberapa organ yang lain.

Elyana juga dikatakan telah bertarung menghidap penyakit kanser itu sejak 7 tahun yang lalu selepas melahirkan anak sulungnya itu.

Difahamkan, kanser limfoma ini bermula daripada sel darah putih yang dipanggil lymphocytes. Lymphocytes adalah faktor penting terhadap sistem pertahanan badan.

Ia juga bergerak dan mengalir melalui jaringan sistem limfa yang tersendiri dan satu bahagian nod limfa ke nod yang lain.

Kanser limfoma (lymphoma) juga terbentuk apabila sel Lymphocytes membiak dan membahagi dalam kadar yang tidak terkawal sehingga ia membesar dan membentuk tumor.

Lymphocytes mampu bergerak ke dalam sistem peredaran darah dan tisu sel badan untuk bertindak balas dengan serangan bakteria dan virus.

Tumor ini dikatakan akan membesar serta menjejaskan tisu dan organ badan yang masih sihat.

loading...