Selasa, 28 November 2017

Gara-Gara Isu Bulu Dada, Adun Semerah Mohd Ismail Roslan Ditegur Speaker


ISKANDAR PUTERI - Seorang wakil rakyat ditegur oleh Speaker Johor Tan Sri Mohamad Aziz kerana mendakwa seorang wanita warga emas di kawasannya berkahwin dengan seorang lelaki warga asing kerana 'bulu di dadanya'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mohd Ismail Roslan diberitahu beliau bahawa perkahwinan pasangan itu tiada kena mengena dengan keadaan bulu pada dada lelaki itu.

Katanya semasa sesi persidangan, "mungkin ini hanya berlaku di kawasan anda dan jika anda tiada soalan tambahan, sila duduk."

Sebelum ini, Mohd Ismail pernah bertanya kepada jawatankuasa agama negeri, iaitu Mutalip Abd Rahman sama ada negeri itu mempunyai sebarang dasar mengenai perkahwinan antara wanita warga emas beragama Islam dengan lelaki warga asing.

Jelasnya, "saya teringat kes di mana seorang wanita tempatan berusia 65 tahun berkahwin dengan lelaki warga asing yang berusia 35 tahun yang mempunyai bulu dada.

Kata Mohd Ismail, "dia kini mempunyai sebuah kedai, dia sentiasa tidur di permis perniagaan dan tidak pernah pergi kepada isterinya."

Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) mempunyai dasar untuk perkahwinan antara penduduk tempatan dan juga warga asing, kata Mutalip.

Jelas beliau lagi, "terdapat banyak proses perlu dijalankan oleh lelaki warga asing sebelum dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan, termasuk mendapat persetujuan daripada jabatan agama negara asalnya, pengesahan Jabatan Imigresen, ujian HIV dan persetujuan dari kedutaan mereka."

Bagaimanapun JAIJ sedang mengkaji untuk menyediakan sesi kaunseling terhadap pasangan seperti itu untuk mengelak masalah tidak diingini berlaku di kemudian hari, kata Mutalip. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha
loading...