Selasa, 28 November 2017

Gelandangan Asyik Tidur, Nyaris Lemas Tertimbus Sampah


PHILADELPHIA – Pihak bomba Philadelphia telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki gelandangan yang hampir lemas daripada tertimbus timbunan sampah yang sedang diangkut masuk.

Dalam kejadian kira-kira enam pagi itu, sebuah lori sampah telah datang untuk memunggah sampah dengan menggunakan mesin untuk memandatkan sampah berkenaan namun dia dipercayai sedang asyik tidur di dalam sebuah tong sampah tersebut.

Pihak bomba kemudiannya telah mengambil masa selama dua jam untuk memngeluarkan lelaki berkenaan. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital Temple University untuk mendapatkan rawatan tetapi dia dikatakan berada dalam keadaan yang kritikal. Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha



loading...