Khamis, 30 November 2017

Gurauan 5 minit Seorang Remaja Menemui Ajal,

Kredit Photo Berita Harian
TUMPAT – Seorang remaja lemas selepas tenggelam selama kira-kira 5 minit apabila dia bertindak menerjun ke dalam sebuah kolam ikan terbiar.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Bazli Seriumi, 16 bersama lima rakannya dikatakan ingin menarik bot yang menjadi kegunaan warga sekolah terbabit ke tebing di Pusat Tahfiz Asmaa Al-Ikhlas, Pulau Raja di sini.

Rakan mangsa iaitu, Muhammad Anas Mohamed, 13, bersama empat lagi rakan menaiki bot dengan ditemani seorang guru, Abdul Rahman Zaidi, 21 yang berada di dalam air dan menolak bot ke tebing.

“Namun bazli dikatakan tiba lewat dan ingin menaiki bot tersebut yang berada 50 meter dari tebing kolam.

“Dia telah bertindak terus menerjun ke dalam kolam dan sangkakan dia hanya bergurau apabila melihat tangannya terkapa-kapai dan tenggelam timbul kerana dia pandai berenang,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tumpat.

Abdul Rahman berenang ke lokasi Mohamad Bazli tenggelam apabila mangsa tidak kelihatan.

Namun selepas dalam sekitar lima minit mencari di kawasan tersebut, mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa.

Difahamkan bahawa Mohamad bazli telah mendaftar di pusat tahfiz berkenaan sejak September lalu.

Jenazah mangsa juga dibawa ke Hospital Tumpat dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Payong, Kota Bharu, malam tadi. Sumber: Berita Harian. Editor: Atila Atasha
loading...