Jumaat, 24 November 2017

Isteri Diculik Dan Dirogol Warga Myanmmar


Selayang, Selangor – Kejadian malang menimpa seorang wanita apabila dia diculik dan dirogol oleh sekumpulan kongsi gelap warga Myammar di sini kelmarin.

Mangsa yang berusia 28 tahun itu menetap di Jalan City, Dengkil telah diculik oleh enam lelaki warga Myammar yang tidak dikenali di rumahnya pada jam 2.30 pagi menggunakan dua buah kenderaan MPV, Perodua Alza sebelum mangsa dilarikan ke Selayang, menurut sumber polis.

Mangsa yang juga mempunyai seorang anak berusia lima tahun telah dikurung di sebuah rumah dalam keadaan kaki dan tangan diikat bagi mengelakkannya daripada melarikan diri.

“Hasil daripada maklumat yang diterima, mangsa diculik oleh enam suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an kerana suaminya enggan membayar wang perlindungan sebanyak RM3,000 sebulan bagi mengelak diganggu sekumpulan samseng.”jelasnya.

Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah universiti swasta itu turut dibogel dan dipukul sepanjang tempoh ditahan oleh sekumpulan lelaki menurut sumber itu lagi.

Mangsa telah diseksa sebelum dirogol secara bergillir-gilir oleh lima lelaki yang tidak dikenali sehingga pengsan.

Ketika semua suspek sedang tidur, mangsa telah berjaya melarikan diri. Mangsa kemudiannya meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi bapa saudaranya sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Namun difahamkan bahawa mangsa pernah melihat dua daripada lima suspek berkenaan yang seringkali meminta wang perlindungan serta menganggu keluarganya.

Mangsa telah membuat laporan di balai Polis Dengkil untuk tindakan lanjut ekoran daripada kejadian itu. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha
loading...