Jumaat, 24 November 2017

Isteri Disembelih Suami Apabila Mengigau Sebut Nama Jantan Lain


Akhirnya cinta terlarang yang tersimpan rapi oleh seorang isteri selama setahun terbongkar jua apabila diketahui oleh suami. Wani, 25, ditemukan maut dirumahnya pada 16 November di Tebing Tinggi Medan dengan lehernya yang hampir putus dipercayai disembelih oleh suaminya Anwar, 30.

Hanya disebabkan kerana berasa kesepian si isteri menjadi gelap mata sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasih lamanya hingga pada akhirnya mengundang tragedi.

Pada mulanya Anwar meminta isterinya untuk berhenti bekerja dan mengurus anak mereka sendiri sejak mereka memliki bayi pertama, kata Anwar yang sejak semalam ditahan.

Namun semenjak daripada itu, isterinya sering melayani laman media sosial Facebook sehingga bertemu dengan bekas kekasihnya.

Hubungan mereka yang terlarang semakin hari semakin rapat sehingga pernah beberapa kali mereka berjumpa secara dalam diam.

Menurut Anwar, beliau bekerja dari pagi hingga petang hingga di jadikan sebagai kesempatan oleh isterinya untuk menjalin hubungan dengan bekas kekasihnya.

Bagaimanapun hubungan mereka dapat dihidu oleh Anwar apabila dia terlihat mesej-mesej isterinya dengan lelaki itu. Sejak peristiwa itu, Anwar mula menyelidik sehingga mendapatkan beberapa bukti yang mengaitkan hubungan mereka.

Namun kira-kira jam 2.30 pagi pada malam kejadian, Anwar mendengar isterinya mengigau kesedapan menyebut nama lelaki lain iaitu bekas kekasihnya.

Akibat berang dengan hal tersebut, Anwar bertindak mengambil pisau yang berada di dapur dan terus menyembelih isterinya hingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Anwar telah menyerahkan diri pada keesokan harinya dan telah mengaku bahawa telah membunuh isterinya.

Seperti mana yang dilaporkan Anwar, pihak polis AKP Mohd Hamid telah mengerah petugas ke lokasi sejurus menerima laporan bahawa adanya mayat. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha
loading...