Khamis, 30 November 2017

Jenayah Pedofilia!!! Didikkan Awal Kanak Kanak

Kredit Photo Utusan Online
MUAR – Titah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, golongan ibu bapa perlu memberi pendedahan berkaitan dengan pengetahuan seksual terhadap kanak-kanak seawal usia empat tahun sebagai langkah untuk menangani jenayah Pedofilia di sekeliling mereka.

Pendidikan seksual asas, iaitu dengan memaklumkan bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh dan dilihat oleh seseorang adalah penting walaupun ahli keluarga sendiri, titah baginda.

“Sebenarnya pendidkan seksual seperti ini perlu dihebahkan kepada anak-anak seawal usia empat atau lima tahun kerana dalam usia itu, mereka masih tidak dapat untuk menilai bentuk gangguan seksual.”

Titah baginda, “oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa, penjaga atau guru perlu selalu mengingatkan anak-anak tentang menjauhi pelbagai bentuk gangguan seksual termasuklah cara menyelamatkan diri.”

Seminar tentang Kesedaran Jenayah Pedofilia 2017 tersebut di adakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim semalam. Namun yang turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md.Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim, Dr.Khalid Jusoh.

Walaupun terdapat beberapa perundangan yang berkaitan dengan jenaya pedofilia di negara ini, namun golongan ibu bapa termasuk pertubuhab bukan kerajaan (NGO), komuniti setempat dan masyarakat perlu memainkan peranan dengan mengambil tahu dan berganding bahu untuk bersama melindungi golongan kanak-kanak, titah baginda.

“Namun terdapat beberapa perundangan juga di negara kita yang boleh digunakan terhadap kes pedofilia, antaranya Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 558) termasuk pindaan 2006 dan Kanun Keseksaan serta yang terbaharu Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara pada 26 April lalu, titah baginda lagi.

Raja Zarith Sofiah juga turut memberi contoh kes berkaitan mangsa pedofilia di negara ini, termasuk melibatkan Nurul Huda Abdul Ghani yang berusia 10 tahun pada 2004 dan kes yang pernah menggemparkan negara iaitu Nur Fitri Azmeer Nordin yang telah dijatuhi hukuman di atas 17 pertuduhan kerana memiliki, menghasilkan dan mengedar 30,000 imej serta video lucah kanak-kanak bawah umur.

“Manakala Richard Huckle pula dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh makhamah Britain selepas mengaku salah di atas 71 pertuduhan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Malaysia,” titah baginda. Sumber: Utusan Online. Editor: Atila Atasha
loading...