Sabtu, 25 November 2017

Kanak-Kanak 5 Tahun Dicubit Hingga Lebam


KUALA LUMPUR – Kejadian malang yang menimpa apabila seorang kanak-kanak lelaki, Muhammad Dhani, 5, dipercayai dicubit ustazah sehingga dipenuhi kesan lebam berikutan gagal menyiapkan kerja sekolah ketika waktu pembelajaran di sebuah tadika di ibu kota.

Bapa mangsa, Mohd Suhairy Mohd Sukis, 32, berkata bahawa “anak saya kini trauma dan setiap hari mengatakan tidak mahu ke sekolah berikutan takut dengan guru.” Kanak-kanak malang tersebut dipercayai dicubit diseluruh badan termasuk hidung.

Jelasnya lagi, pada 12.30 tengah hari pada 17 November lalu, anaknya kelihatan diam sepanjang perjalanan semasa pulang selepas isterinya mengambilnya di tadika.

“Namun sebaik tiba di rumah, Muhammad Dhani diminta membuka baju dan disuruh mandi oleh ibunya namun dia enggan serta mendiamkan diri.

Bapa mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal peribadi berkata, “isterinya terkejut melihat badan anaknya dipenuhi kesan lebam manakala payudaranya melecet teruk selepas isterinya membuka baju sekolahnya.”

Muhammad Dhani mengaku dicubit ustazah itu sebaik ditanya sebelum isterinya menghubunginya memaklumkan mengenai kejadian itu.

Kami telah menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur kerana “anak saya menangis dan menjerit mengatakan puting payudara dia kepanasan,”

Katanya, “Muhammad Dhani telah dirawat selama tiga hari di wad dan hasil pemeriksaan doktor mengatakan anaknya dicubit, disebabkan kejadian itu kini dia trauma tidak mahu ke sekolah. “

Dia telah menghubungi seorang guru yang juga ustazah untuk bertanyakan hal mengenai tersebut namun wanita terbabit menafikan berbuat demikian dan mendakwa bahawa ia mungkin perbuatan murid lain, katanya.

“Saya mengatakan tidak percaya dengan dakwaan itu kerana sangat jelas lebam pada badan anak saya seperti dicubit orang dewasa. Namun selepas beberapa jam kemudian saya dihubungi oleh guru besar dan mereka menyuruh saya ke sekolah untuk berbincang mengenai hal tersebut.

“Ustazah berkenaan mengaku mencubit anak kerana tidak menmyiapkan kerja sekolah semasa dalam perbincangan, bayangkan anak saya baru hanya berusia 5 tahun dan sepatutnya perkara ini tidak terjadi,” jelasnya.

Dia berharap pihak berkaitan bertanggungjawab dan jadikan pengajaran supaya perkara yang sama tidak terjadi kepada orang lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa mengesahkan bahawa menerima laporan mengenai kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-Kanak. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha
loading...