Isnin, 27 November 2017

Kanak-Kanak Berusia 9 Tahun Hamil 5 Bulan Kerana Ayah


PERU - Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 9 tahun bernasib malang apabila dia disahkan mengandung selepas dirogol oleh bapa tirinya. Kandungannya itu hanya diketahui ketika dalam usia lima bulan dan ianya terlalu lambat bagi kanak-kanak itu untuk menggugurkannya.

Difahamkan dia juga telah dirogol oleh bapa tirinya berulang kali sehingga ke tahap 10 kali dalam masa sehari. Namun tiada siapa yang tahu mengenai penganiayaan yang dilakukan oleh bapa tirinya terhadapnya sehingalah ibu mangsa, Lina Violeta Julca Rios melihat perubahan pada perut anaknya yang semakin besar.

Lina kemudiannya telah menbawa anaknya ke sebuah hospital di Peru dan ultrasound mengesahkan dia mengandung lima bulan. Selepas itu, kanak-kanak terbabit memberitahu dia dirogol ketika semua anggota keluarganya tiada di rumah.

Namun sebaik sahaja perbuatan kejam bapa tirinya itu diketahui, Elmer Sergio Chambergo Tapia yang berusia 30 tahun telah bertindak melarikan diri dari rumah mereka di Ventanilla.

Keluarga dari pihak kanak-kanak tersebut mahu kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membawa Elmer ke muka pengadilan.

Dan mereka juga menuntut agar bantuan kewangan diberikan kepada kanak-kanak terbabit kerana dia juga memerlukan sokongan psikologi kerana dalam beberapa bulan lagi dia akan melahirkan bayi tersebut. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha




loading...