Jumaat, 24 November 2017

Kanak-kanak Perempuan Didera Bapa kandung

Kredik Gambar Berita Harian Online

KOTA BHARU – Seorang bapa kandung disyaki mendera anak perempuannya yang berusia lapan tahun di Kampung Terap, Bukit Marak. Mangsa dikatakan cedera di badan, kaki serta kepala termasuk dicucuh api rokok oleh bapanya sendiri.

Mangsa yang juga tinggal bersama bapanya sejak lebih sebulan lalu selepas kedua ibu bapanya bercerai. Mangsa, Khairunisa Mohd Safizam yang juga merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

Namun kejadian itu hanya disedari ibunya pada jam 11.50 pagi pada Sabtu lalu selepas adik suspek menghubungi ibu mangsa meminta supaya beliau mengambil anak perempuannya yang berada dalam keadaan trauma akibat didera bapa kandungnya.

Ibu mangsa, Nurul Hazwani Shahferi, 27 terkejut apabila melihat gambar anak sulungnya terdapat kesan dicuch api rokok di bahagian kaki dan badan serta dipukul di kepala.

Akibat menyimpan dendam terhadap isterinya selepas penceraian mereka, suspek tergamak melakukan perkara yang menyedihkan dengan menoreh pisau di tangan mangsa.

“Saya terus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian sebaik melihat gambar anak yang dihantar bekas adik ipar untuk mengambil anak di bekas rumah suami.

Jelasnya lagi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lepar Limbt, Pasir Tumbuh, “saya tidak tahu sejak bila Khairunisa menjadi mangsa dera bapa kandungnya sehingga menyebabkan anak saya kini trauma.”

Ibu mangsa berkata bahawa selepas bercerai tiga bulan lalu, dua lagi anaknya termasuk adik lelaki Khairunisa yang berusia enam tahun tinggal bersama bapanya kerana mereka bersekolah berdekatan dengan rumah suspek.

“Disebabkan saya tidak mahu untuk rujuk kembali bersama suami, beliau sanggup mendera anak kandungnya sendiri. Sedangkan adiknya tidak didera, malah rupa paras Khairunisa yang menyerupai saya turut menjadi punca dia didera.”

Kata ibu mangsa, selepas kejadian itu, “saya sendiri akan menjaga ketiga-tiga anak saya walaupun berdepan degan masalah kewangan kerana hanya bekerja sebagai seorang pengasuh.”


Suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan pada isnin lalu selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha
loading...