Rabu, 29 November 2017

Kes Whatsapp Pertama Didakwa Di Makhamah


Kredit Photo BERNAMA
SABAH – Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) telah menjadi orang pertama dalam Malaysia yang dihadapkan ke makhamah di atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi Whatsapp secara berkumpulan.

Tertuduh, Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Makhamah Seksyen Tawau, di atas pertuduhan secara sedar semasa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi Whatsapp dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, tiga tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa telah memulakan penghantaran komunikasi palsu kepada kumpulan Whatsapp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira jam 1 tengah hari di Hospital Semporna.

Dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu adalah merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan serta sebar kepada keluarga dan rakan-rakan dalam kumpulan Whatsapp tersebut.

Mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dia didakwa melakukan kesalahan itu yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mohd Sophian Zakaria mengendalikan kes pendakwaan.

Dia kemudiannya dibenarkan jaminan sebanyak RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna oleh Hakim Awang Krisnada.

Sebutan kes semula turut di tetapkan oleh Hakim pada 31 Januari 2018 untuk pengurusan kes dan lantikan peguam. Sumber: BERNAMA. Editor: Atila Atasha
loading...