Jumaat, 10 November 2017

King Coco Selamat Timang Baby Boy.


Kuala Lumpur - King Coco dan Captain Azrin  baru sahaja menimbang cahaya mata sulung mereka pada petang semalam.

Marshaira Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan King Coco telah berkahwin dengan Captain Azrin atau nama sebenarnya Azrin Anas pada 1 Januari lalu.

Sekalung tahniah di ucapkan kepada mereka selepas Coco selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.63kg sekitar pukul 5.29 petang di hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan pasangan terbabit menerusi Instagram masing-masing dengan memuat naik beberapa posting sejurus kelahiran bayi mereka.

Azrin juga dilihat turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak serta isterinya itu.

“Alhamdulillah isteri saya Marshaira Binti Ismail baru saya melahirkan bayi lelaki seberat 3.63kg lebih kurang pukul 5.29 petang di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

“Terima Kasih diatas doa kedua-dua ibubapa kami, adik beradik, saudara-mara serta rakan-rakan yang kami kasihi semuanya. Semoga dengan kelahiran ini membawa seribu berkah dan rahmat kepada semuanya. Doakan agar besar nanti menjadi anak yang soleh. Amin,” tulisnya melalui posting yang di muat naik olehnya.

Perkongsiannya itu dilihat menerima pelbagai respon reaksi positif daripada netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah buat pasangan ini yang menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Semoga dengan kehadiran bayi lelaki ini rumah tangga mereka akan kekal bahagia. -MYNEWSHUB/AM
loading...