Khamis, 30 November 2017

Korea Utara Bertindak GIla, PBB Beri Amaran


NEW YORK – Pyongyang diarah menghentikan tindakan yang boleh mengancam kestabilan serantau oleh Ketua Hal Ehwal Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jeffrey Feltman.

Berikutan susulan tindakan Korea Utara yang melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Feltman menegaskan perkara itu ketika mengada pertemuan dengan Duta Korea Utara ke PBB, Ja Song Nam, semalam.

Katanya, “ketika pertemuan itu, saya menegaskan bahawa tidak ada yang lebih bahaya mengancam keamanan dan keselamatan dunia dengan apa yang sedang berlaku di Semenanjung Korea ketika ini.”


Ketika menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB, Feltman membentangkan perkara itu berikutan susulan tindakan Korea Utara melancarkan ICBM. Sumber: Reuters. Editor: Atila Atasha
loading...