Sabtu, 25 November 2017

Kubur Mayat Enam Pejuang Digali Semula


KOTA BHARU – Pagi ini kubur yang menempatkan mayat enam pejuang yang dibunuh kejam 72 tahun lalu ketika zaman penjajahan Jepun yang terletak di Kolej Uniti Kota Bharu digali semula.

Kubur yang mempunyai satu liang lahad itu menempatkan jenazah seorang pengawal, Wan Embon Wan Zainal bersama lima lagi sahabat mereka. Urusan menggali semula bermula jam 8 pagi ini dimulakan dengan doa selamat oleh kira-kira 50 ahli keluarga.

Dan lima lagi rakannya itu adalah Ketua Kampung Lapan Kejur, Kasim Abdul Samad, Ketua Kampung Dengir, Husain Abdullah, Ketua Kampung Bekok, Othman Mamat, Ketua kampong Teluk, Ismail Ahmad dan Imam Surau Kampung Teluk yang dikenali sebagai Yatim Ahmad.

Selepas selesai proses menggali semula kesemua mereka akan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Kampung Alor Belangga Alor Keladi Hulu Besut selepas Zohor. Hujan lebat juga seolah turut melimpahi rahmat ke atas jenazah mereka yang memperjuangkan rakyat suatu ketika dahulu.

Disebabkan memprotes tentera jepun yang mahu menghantar penduduk Besut ke Burma, kesemua mereka telah dibunuh dan dihumban. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha
loading...