Ahad, 26 November 2017

Lelaki Dakwa Isteri Dibawa Lari Serta Disembunyikan Oleh Seorang Pegawai Polis.

Brickfields - Seorang lelaki telah mendakwa isterinya telah di bawa lari serta disembunyikan oleh seorang pegawai polis berpangkat SM sejak beberapa hari yang lalu.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Azam mendakwa seorang pegawai polis TTDI berpangkat SM yang dikenali sebagai SM Norhaizin Bin Udin telah membawa lari isterinya sejak beberapa hari yang lalu sehingga kini.

Azam juga melalui kirimannya di facebook miliknya Azam Sniper meminta kepada orang ramai agar memaklumkan kepasa IPD Kerian melalui Inspektor Ramoni di talian 057212222 atau 057215222 jika terlihat kelibat isterinya di mana-mana.

Disamping itu juga, Azam ada menampalkan poster isterinya di sekitar Balok bagi memudahkan orang ramai untuk mengenal pasti isterinya jika ada yang terserempak dengannya.

Walau bagaimanapun, berhubung kes tersebut Azam dikatakan telah dituduh dengan sengaja memfitnah isterinya itu sehingga isterinya itu juga turut mrmbuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Azam telah meluahkan rasa selepas terkilannya kerana dituduh memfitnah isterinya sendiri di facebook miliknya serta telah menerangkan situasi sebenar yang berlaku kepada isterinya itu.

Melalui postingnya di facebook, Azam telah memohon kepada orang ramai untuk membantunya mencari isterinya yang didakwa telah di bawa lari oleh SM Haizin yang merupakan ketua Balai TTDI dan telah disembunyikan di suatu tempat yang dia sendiri tidak ketahui.

Menurut Azam, isterinya itu akan menggunakan report polis yang di buat olehnya untuk mengelirukan orang ramai sehinggakan orang ramai menuduhnya telah melemparkan fitnah kepada isterinya sendiri.

Akhirnya saya telah mendesak keluarga SM Haizin untuk mendesak supaya SM Haizin membuat laporan polis sehingga dia akhirnya turut membuat laporan polis.

Segala bukti telah pun saya serahkan kepada IO yang mengambil kes tersebut termasuklah gambar isteri, gambar anggota tersebut serta gambarnya bersama sekeluarga dan bersama bukti tersebut telah saya lampirkan laporan polis yang telah saya buat.

Semoga dengan segala maklumat yang saya berikan akan mempermudahkan urusan saya dalam menemui kembali isteri saya.

Saya terima segala makian serta kritikan yang dilemparkan oleh netizen dengan redha dan saya harap netizen mampu untuk menilai kesahihan kes saya ini serta laporan polis yang dibuat oleh isteri saya diharap PDRM dapat melakukan siasatan terhadap Inspektor Ramoni di IPD Kerian.

Menurut Azam lagi terdapat hampir sepuluh laporan polis telah dibuat olehnya dan tiga daripadanya merupakan laporan polis yang dibuat ke atas SM Haizin namun dia masih tidak dihubungi oleh mana-mana IO.

Adakah kerana yang membawa lari isteri saya merupakan seorang anggota polis menyebabkan tiada sebarang tindakan diambil sedangkan saya meiliki semua bukti yang kukuh dan saya amat berharap Bukit Aman dan KPN supaya dapat meneliti semula kes saya ini.

Kepada pihak ke 3 yang menyembunyikan isteri saya, balasan allah itu pasti dan bukan niat saya untuk mengaibkan sesiapa tetapi hanya ingin mencari isteri tercinta yang dipercayai telah terkena sihir.

Azam turut menasihati orang ramai yang cuba untuk menjadi batu api atau pun cuba untuk memburukkan saya supaya hentikan niat anda itu kerana balasan Allah itu pasti cuma antara cepat ataupun lambat sahaja. -eberita




loading...