Isnin, 27 November 2017

Mayat Kanak-Kanak Jatuh Tergelincir Semalam Ditemui

Kredit Photo Sinar Harian
KUALA KRAI – Pada jam 10.20 pagi ini, mayat seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas selepas tergelincir ke dalam sungai di Kampung Peria Baru, telah ditemui.

Mangsa, Muhammad Fawwaz Atiqullah Kamarulnizam, 6 dilaporkan tergelincir ke dalam sungai kira-kira jam 3 petang semalam oleh sepupunya. Pasukan penyelamat dan penduduk memulakan operasi pada jam 7 pagi ini dan menemui mayat mangsa kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak berbaju. Menurut datuk mangsa, Ibrahim Abdullah, 54, dia tidak menyedari bahawa mangsa ke tempat kejadian yang hanya terletak hanya kira-kira 500 meter daripada rumahnya. Dia berkata sebelum ini dia seringkali memantau pergerakan cucunya disifatkannya agak aktif supaya tidak ke kawasan sungai yang berdekatan.

“Saya hanya mengetahui tentang kejadian apabila sepupunya tiba di rumah dan memberitahu bahawa dia lemas dan saya tidak sedar bila cucu ke sungai.

Datuknya juga turut mengupah mangsa setiap kali pergi mengaji sebagai galakan agar arwah lebih rajin. Katanya lagi, “pada kebiasaannya dia akan pergi ke tempat mengaji Al-Quran namun semalam dia tidak sempat mengaji.”

“Mayat mangsa telah pun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi hari ini melibatkan 12 anggota bomba dari Kuala Krai, empat anggota dari Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) serta penduduk kampung, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha
loading...