Rabu, 22 November 2017

Mengejutkan Pelajar Sekolah Terlibat Dadah


KOTA BHARU : Seramai 279 pelajar sekolah menengah terlibat di dalam kancah dadah, melalui saringan air kencing yg telah di lakukan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sekolah sekolah menengah di negeri kelantan,

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Statistik penglibatan dadah ini di perolehi daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menerusi program saringan ujian air kencing peringkat sekolah.

katanya, saringan ujian air kencing ini di lakukan menerusi program usahasama di antara pihak AADK dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan yg telah menyenaraikan 164 buah sekolah yang melibat 4,148 orang pelajar dan seramai 279 pelajar positif dadah.

“Statistic Penglibatan pelajar di dalam penagihan dadah di kalangan pelajar sekolah yang amat tinggi ini membingbangkan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan,

"Pelajar-Pelajar yang didapati positif dadah, tidak dianggap sebagai penagih dadah kerana mereka masih di peringkat awal yang ingin mencuba di sebabkan pengaruh rakan sebaya.
"Kerajaan negeri sedia berkerjasama dengan semua pihak untuk menangani isu dadah ini di peringkat negeri kelantan memandangkan bidang kuasa pihak kerajaan negeri kelantan amat terhad, katanya.

“Kerajaan negeri telah menubuhkan Pusat Pemulihan Baitul Taubah di Pasir Puteh sejak tahun 2008. Semenjak pusat pemulihan ini dibuka, seramai 1000 anak bina berkerjaya di dalam bidang kemahiran seperti Pertukangan, Perternakan, Masakan telah di lahirkan. Sumber: Berita Harian, Editor Atila Atasha
loading...