Khamis, 23 November 2017

Menjijikan Restoran Diarah Tutup


SEREMBAN – 27 buah restoran diarahkan menghentikan operasi perniagaan serta merta selama 2 minggu angkara tidak menitik beratkan kebersihan dengan membiarkan restoran berada dalam keadaan meloyakan untuk menjamu selera.
 Jabatan kesihatan negeri Sembilan mengeluarkan arahan penutupan serta merta kepada 27 buah penguasa restoran yang tidak mematuhi arahan kebersihan menerusi Operasi Bersepadu Makanan Bersih yang dilancarkan pada Rabu minggu lalu. Kebanyakan restoran yang di kenakan tindakan drastik itu melibatkan restoran-restoran yg mempunyai nama besar di dalam industri restoran seperti Restoran Nasi Kandar Haji Tapah di Kemayan Square, Restoran Al-Jasirah di pusat Bandar dan Restoran Al-Zain di Sikamat. Dr. Zainudin Mohd Ali, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri berkata, Operasi Bersepadu Makanan Bersih yang di lancarkan pada rabu lalu selama Sembilan 9 menyaksikan lebih 59 buah restoran yang beroperasi selama 24 jam telah di periksa di sekitar Bandar ini. “Daripada keseluruhan restoran yang di periksa, 27 buah restoran di beri notis arahan penutupan serta merta selama dua minggu mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983” Katanya. Sumber : Kosmo artikel : Atila Atasha

loading...