Jumaat, 24 November 2017

Misteri Penemuan Mayat Tanpa Kepala Dan Tangan Terbongkar

Viral dilaman media tentang misteri penemuan mayat seorang remaja wanita tanpa kepala dan kedua tangan telah terbongkar.

Difahamkan kejadian sebenar dipercayai berlaku di Indonesia Medan, Labuan Batu mengikut sumber Metro Medan.

Mangsa dipercayai ditemukan semalam di tepi sungai Labuhan Batu kira-kira 2km dari pemukiman warga sekitar juga dikenali sebagai Siti Nurhasanah, 12 tahun yang dipercayai hilang sejak 8 hari lalu.

Mayat mangsa pertama kalinya ditemukan oleh warga sekitar yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan itu setelah tercium bau busuk yang menyengat.

Seorang warga emas lelaki yang berusia 55 tahun itu telah melaporkan kejadian kepada ketua kampung selepas menemukan mayat tersebut sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Sejurus sampai ke lokasi kejadian, pihak polis terus membawa jenazah untuk di identifikasi bagi membantu mengenal pasti dan punca kematian.

Namun dalam sidang media hari itu, pihak polis AKP tidak menafikan kes berkenaan memiliki unsur jenayah memandangkan luka dibahagian tubuh mangsa.


Sementara itu, bahagian kepala dan kedua tangan mangsa yang masih lagi belum ditemukan giat dicari tim sar. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha
loading...