Rabu, 29 November 2017

MPV Bantu Ibu Dan Bayi Ketika Hujan


Di waktu kita berfikir nasib kita lebih malang, tanpa kita sedari ada yang lebih malang lagi dari kita. Namun perkara yang menyayat hati apabila sepasang suami isteri sanggup meredah hujan dengan menunggang motosikal bersama seorang bayi.

Bersyukur masih ada yang berjiwa prihatin. Sebuah mpv polis tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut. Anggota mpv mempelawa pasangan terbabit menaiki MPV untuk ke tempat yang ingin dituju.

Di atas ehsan angota tersebut, pasangan terbabit sampai ke tempat yang di tuju dengan selamat. selagi ada insan yang bergelar manusia, selagi itu kita akan ada perwira.

Tindakan anggota MPV tersebut telah mendapat pujian daripada pengguna laman sosial Facebook. Syabas dan tahniah kepada anggota PDRM yang menjalankan tugas membantu masyarakat. Editor: Atila Atasha
loading...