Rabu, 22 November 2017

Nampak Mummy Happy? Mummy Tak Nak Shima Senyum!”


Belum habis lagi kejadian yang berlaku antara Baby Shima dan Mas Idayu baru-baru ini, kini beralih pula pada komen Mas Idayu yang kian menular kini menjadi punchline netizen. “Ada nampak mummy happy? Mummy taknak Shima senyum!”

Pada peminat dunia hiburan, sudah tentunya pernah mendengar ungkapan yang diucapkan oleh Mas Idayu iaitu salah seorang juri D’Academy Asia 3 yang berlangsung di Indonesia pada minggu lalu.

Komen tersebut mendapat banyak kecaman dari netizen namun apa yang terjadi selepas itu sungguh melucukan.

Kebanyakan netizen mengkritik komen pedas Mas Idayu pada awalnya, namun kini ia telah menjadi ikutan para netizen dengan menjadikan satu punchline melucukan, terutamanya di laman sosial.

Pada awalnya, komen itu diberikan kepada Baby Shima oleh Mas Idayu selaku juri D’Academy. Baby Shima juga mewakili Malaysia dengan menyanyikan lagu Wulan Merindu pada 12 November dalam konsert mingguan lalu.

Reaksi netizen sungguh menggelikan hati dengan memuat naik status quote tanpa meletakkan sebarang gambar atau kapsyen lain. Ada juga yang membuat kapsyen gambar dengan membuat quote berkenaan.

Pada yang tidak tahu, program realiti D’Academy ini lebih mengutamakan nyanyian Indonesia. Peserta-peserta lain juga ada yang berasal dari serata negara seperti Thailand, Brunei, Malaysia dan lain-lain.


Gara-gara kejadian terjadi baru-baru program tersebut mendapat sambutan yang hangat dan mendapat rating yang tinggi di negara itu. Sumber: Astro Gempak. Editor: Atila Atasha

loading...